Friday 27 May 2011

Facebook vs Myspace vs Twitter

Aku terjumpe 1 pic ni an, haha.. agak funny gak r..
sory la xdpt tulis panjang-panjang, aq just nk share pic ni jer.. next time aku tulis gebang-gaban g k..



Hahaha, xboleh belah.. cane lak Dr Rozmey tu leh mencelah lak an..  dRbook ? cam style jek.. wakakak~

Tabiat Buruk ! #2

Assalamuallikum~

Kembali lagi kita kepada isu tabiat buruk ni k, Dalam banyak-banyak tabiat buruk ni an, tabiat ni la yang tidak ada sama sekali berlaku, terjadi, berjangkit, merasa dan aku alami.. Hah, cube teka la kalau berani ! makan kasut ? bukan, julat selipar ? bukan ! masuk alkuarium? bukan lah !! Abis itu ape kecik io !! hahaha..kk, Aku bagi clue la skit, kalo orang yang ada tabiat ni tengah makan, jalan-jalan, menonggeng, kira semut di halaman rumah then kalo korang menjerit kt gegendang telinganya yg gedang tu or cuit mana-mana bahagian angota badannya dalam keadaan senyap(silent mode). Mau dye terkejut berok tahap gaban, itu kire baik g kalo orang yg jenis tak makan saman mau dye (Pannng!!) bagi kaki kasi metutop u punya kepala, wakakaka.. Korang dah leh agak kan ape tabiat buruk yg aku cuba sampai kan... Dah tentu lah Melatah atau kata lain systemmonoksidabereiaia(by Dr.Kecik), hah,hah,hah. Ohhhmakkaww! 

Aku xbeberapa sure lah melatah ni adalah prilaku yg dibuat-buat atau pun tidak disengajakan oleh individu yang memiliki tabiat ini. Walaupon korang xnak tau, tapi aku nak beritahu gak story nih, Dulu lah, time aku muda-muda, aku kena masuk kem PLKN, maklum lah, aku ni an xbeberapa nak tough sngat an so kene la g kem tu, Dalam kem 2 lah, ade lah awek cun, seputih melepah muka nya dan se ayu si bayu-bayu, tapi...urmmm tapi.. melatah.. reject trus (ceh wah cam gud-gud lak aku ni) Di sebab kan dia, 1 camp dapat wabak melatah nih ! Aku pon heran gak lah an, melatah ni merebak ke ? jom kita cuba tanya doctor pakar tentang isu ini, iaitu Dr Kecik ThebigLiar. Kita dengar hujah-hujahnya yang cam siak.. ^_^
"ok, urmm ok.. Ohh yer tabiat melatah eh.. ok, tapi saya kurang pasti r tabiat asalnya daripada mana, tapi setau saya kan, urmm ianya datangnya daripada zaman-zaman dahulu kala. Ianya adalah hasil daripada ketidak kesempurnaan teory yang dibuat oleh Albert Anstown, di mana rosaknya hormon dioduo yang kita tau wujudnya di tengah-tengah diantara saluran punggung dan pusat.. Nak saya tunjukkn ke visualnya.. k xyah, bgus2.. Kita terus kn lagi dengaannnnnn...Ohhhhpooochooooot!! kucing ko sundal !! " by Dr kecik ThebigLiar 
Aku dah tempeleng da muka doctor yang xleh pakai nih, dye sendiri melatah,, aduhaiiiii.. nasib baik lah aku xder tabiat ni, kalo x asek kne bahan je ngan member-member (sbb aku kaki bahan dak-dak melatah kuat,,kihkih)

p/s : Lekas-lekas lah hilang kan tabiat buruk nih, ianya tidak memberikan faedah langsung, malah ia akan membawa ke tua nanti, lagi lah payah, bawak-bawak lah g jumpe doctor ke, ustad ke, belia yang telah sembuh tabiat nih, mintak lah tips-tips daripada mereka, susah sngat keh...
Anyway, abis dah aku bersembang kapal kat sini, so, tugu episod tabiat yang akan datang yehhh, baibai~

Tabiat Buruk ! #1

Assalamuallaikum~

Alamak Sory Lor, 1 hari aku terskip nak wat entry.. sob.. sob
Ape-ape pon now i would like to tell story pasal tabiat buruk. (terspeaking lak..hikhik) . Ala semua orang ade tabiat buruk masing-masing.. Ada betui an an.. 

Tadi, time aku baring-baring sambil korek idong... Tibe-tibe lak aku terpikir sejenak " Alamak terkorek idong lak, seb bek line clear " sambil tersengih sorang-sorang. Bile pikir balik kelakar siak. Muahaha. Tapi an kadang-kadang time kat public area pon ade je yang aku tengok pakcik, makcik, awek, dak2 bujang kat table makan or mane-mane lah.. Selambe jer korek idong atau specific name nye nose gne jari kelingkingnya korek dengan feeeelnye.. huhu aku pon wak wat pon segan. Ade yang lagi POWER korek idong atau telinge wif object, macam kunci kereta, lidi penyapu, kertas dan macam-macam g lah yang muat disumbatnye. Salute korang beb kalo korang leh korek idong or telinge gne berus jamban. Mau rabak telinga korang an. wakakakaka. Hahaha, walaupon aku sembang kencang, tapi tabiat ni reality doh.

p/s : Lain kali nak korek-korek tu, cover lah skit.. Jangan r smpai orang sekeliling nampak korang korek hidung tuu, Nanti orang pandang slek, arap muke ke kacak, cun, bergaya, semegah, tp... Opsss telebee pulak.. wakakaaka.

Nantikan tabiat buruk yang akan datang. Lek-lek, bagi aku pikir dulu k . (mencari slek orag len, slek sendiri tidak nampak) hikhik ;3
Oh lupe nak cakap, Story yang aku cerita ni xder kne mengena dngan sipulan n sipulan..
Kalo sape-sape ad idea nak aku cerita an pasal tabiat buruk yang orang selalu xreti nk cover just leave a comment, skung sape-sape pon leh komen, aku dah tuka setting.. thank zam.. wekkk ;P

Wednesday 25 May 2011

AKU TIDAK SOLAT...TETAPI AKU TETAP BERJAYA...itu adalah istidraj...apa itu ISTIDRAJ ???

By Nur Arina Amin on Sunday, May 8, 2011 at 9:47pm
 
Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Thanks for let me sharing ;3
 

Lawak Budus !!

Wakaka, aku suke r search bende2 lawak cam ni... Aduhai, ilang Stress ble baca lawak budus ni. Kihkihkih...

Lawak Bodoh 1

Di dalam satu bilik darjah, semua pelajar tidak dibenarkan untuk bercakap. Tetapi ada seorang budak yang bernama Manap bergegar-gegar sehingga mengganggu pengajaran yang disampaikan oleh si cikgu.

Cikgu: Manap, kenapa awak bergegar-gegar? Awak tak sihat ke?
Manap: Maaf cikgu. Saya terpilih opsyen 'vibrate'. Saya tukar kepada silent ya.


Lawak Bodoh 2

Satu perbualan telah berlaku antara seorang warga Malaysia dengan warga Indonesia.

Malaysia: Butuh kamu lah!
Indonesia: Kamu butuh aku untuk apa?
Malaysia: Supaya kamu jadi anak gampang
Indonesia: Waduhh.. aku bukan berasal dari keluarga gampang. Aku anak singkong.


Lawak Bodoh 3

Latip yang kurang pendengaran ingin meminta nasihat dari kawannya dengan meminta skrip yang sesuai semasa melawat Pakciknya di hospital. Kawannya pun memberikan skrip yang sesuai untuk di hafal oleh beliau.

Skrip asal..

Latip: Apa khabar pakcik?
Pakcik: Sudah semakin sembuh. Dua tiga hari lagi baiklah ni.
Latip: Syukur alhamdulillah.. semoga dipercepatkan hajatnya. Bagaimana makanan di sini?
Pakcik: Boleh tahan juga. Berselera Pakcik makan.
Latip: Bagusss.. Makanan begitu memang sesuai untuk Pakcik. Enak sekali! Bagaimana layanan yang Pakcik terima di sini?
Pakcik: Sungguh berpuas hati. Kerana pakcik dilayan seperti VIP.
Latip: Hebat sekali! Pakcik sungguh beruntung kerana memang pakcik begitu orangnya kalau di luar.

Tiba di hospital..

Latip: Apa khabar pakcik?
Pakcik: Aku terasa seperti mau mati. Lebih baik mati dari sakit seperti ini!
Latip: Syukur alhamdulillah.. semoga dipercepatkan hajatnya. Bagaimana makanan di sini?
Pakcik: Makanan yang aku dapat macam makanan kuda!
Latip: Bagusss.. Makanan begitu memang sesuai untuk Pakcik. Enak sekali! Bagaimana layanan yang Pakcik terima di sini?
Pakcik: Aku dilayan seperti bangkai bernyawa!
Latip: Hebat sekali! Pakcik sungguh beruntung kerana memang pakcik begitu orangnya kalau di luar.

Pakcik terus meninggal selepas bual bicara ini.

wakakakaka

Yahooooo !! Dean List !!

Assalamuallaikum pembaca-pembaca Oh Kecik!

Wakakak, korang mesti r terkejut kalo kecik dapat DEAN LIST...
Silap besar lah, result aku biase-biase jer. Sumpah, kalo aq DL aku belanje korang makan !! wakakaka. Semua lepas aku dah bersukur.. Alhamdulillah~

Kepade sesiape pembaca Oh Kecik !! yg mendapat DL, tahniah.. kepada yg kurang bernasib baik cam aku ni " Kte cube lagi!! Tengkat kan Lagi usaha !! Jage ko Sem dpn !! " . hikhikhik .. Aku pon da bosan dngan quote ni, every Sem 2 je r yg aq slalu pikir kan. Kesedaran itu penting ( ceh wah, cakap cam bagus jer ). Doa kn aku supaye boleh usaha dengan lebih gigih lagi di masa hadapan.

Wahh, dah sem 5 ye aq ni.. Paper pon bnyak g nk Clear kn g. So, wait me SEGAMAT.. 28 haribulan ni aq terjah ko balik. Jumpe pon lagi member2 aku selepas 3 mgu bercuti nih.

Aku penat nk menyembang gaban g ni. Banyak kje g nk buat. Urmmmm, mak aq masak sedap ni, chaww dlu
wakakaka

Tahniah ngan result korang !!
^_^

Tuesday 24 May 2011

Petir bunuh 40 rakyat Bangladesh !!

Petikan Berita Harian
  
2011/05/25
Angka korban terbesar seluruh negara berikutan ribut dalam tempoh sehari

DHAKA: Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh disambar petir manakala 150 lagi cedera selepas Bangladesh dilanda cuaca buruk ketika kebanyakan mangsa sedang menuai di sawah padi atau memancing ikan, kata jurucakap polis dan pegawai pihak berkuasa tempatan semalam.
Angka korban itu adalah yang terbesar akibat dipanah petir dalam tempoh sehari dalam kejadian yang berlaku kelmarin.
Ribut yang berlaku sebelum musim hujan mulai Mei atau Jun sering menyebabkan penduduk menjadi mangsa disambar petir selain merosakkan tanaman.

Antara yang maut termasuk lapan petani yang berada di sawah untuk menuai padi. Angka korban itu direkod di 11 daerah di seluruh Bangladesh setakat ini. Kawasan paling teruk mencatat bilangan mangsa akibat ribut petir ialah di rantau barat laut negara itu.

Kebanyakan mangsa disambar petir antara jam 6.30 pagi dan 10 pagi waktu tempatan ketika penduduk sedang mengutip buah-buahan atau bekerja di ladang tanaman. Hujan lebat berterusan sepanjang waktu pagi.

Daerah yang terjejas adalah Chapainawabganj, Pabna, Joypurhat, Rajshahi, Gaibandha, Kurigram, Naogaon, Manikganj, Gopalganj, Khulna dan Khagrachharhi. Angka kematian besar berlaku di Chapainawabganj.
Sepuluh orang maut di daerah barat laut Chapainawabganj manakala 10 lagi terbunuh dan seorang cedera apabila disambar kilat di kawasan Shibganj, Nachol dan Gomastapur, daerah Chapainawabganj.

Di daerah Sardar, dua pelajar disambar kilat ketika mengutip buah mangga, seorang daripadanya maut.

Anggota polis kawasan Shibaloy memaklumkan, enam orang terkorban di beberapa daerah pedalaman dan dua lagi maut di kejiranan Gomastapur. Di Faridpur, kilat menyambar dua orang dan menyebabkan 16 orang cedera.

Anggota keselamatan di balai polis Puthia di daerah Rajshahi pula memaklumkan bahawa empat orang termasuk seorang budak lelaki 10 tahun terbunuh di kawasan itu manakala di Sundarganj, Gaibandha, seorang budak lelaki enam tahun terbunuh dan lapan lagi cedera.

Di Pabna, dua maut manakala 17 lagi cedera di perkampungan Paspungali. Ribut turut merosakkan beratus rumah di Natore dan Singra. Sebagai tambahan, gangguan bekalan elektrik terganggu dan infrastruktur bandar itu turut rosak.

Anggota penyelamat sudah menemui semua mangsa manakala orang yang cedera dimasukkan ke hospital, kebanyakannya tidak parah, kata pegawai. – Reuters/Agensi



Pehhh, gile ah..40 orang mati dalam mase 1 hari.. Kuasa Allah yg Maha Berkuasa.
So, kita ramai2 berdoa la agar Malaysia ni xkna bala yg sebegitu besar...
Aminn~




Cerita Kelakar Lagi : Minyak Wangi Dalam Bas


Suatu hari diwaktu petang di ibu kota, semasa ramai orang berebut-rebut untuk pulang ke rumah terdapat seorang gadis yang keadaanya agak resah gelisah yang kebetulan duduk dihadapan seorang lelaki jawa. 


Gadis yang resah tu rupanya.. nak buang air kecil. Tetapi dia tak dapat turun sebab orang ramai dan bas tidak berhenti, rumahnya pun jauh lagi. Tahan punya tahan last-last lepas le sikit. Bila dia perasan dia pun buat-buat le buka handbag dan cuba mencari sesuatu. Tanpa disedari lelaki Jawa tersebut.


Kebetulan orang yang duduk sebelah gadis tersebut pun bangun sebab dah sampai. Jadi gadis tersebut pun alih le ketempat tersebut kerana sit dia dah basah. Jadi Jawa ni pun nak duduk le. Bila dia tengok basah dia tanye kat gadis tersebut.
Aduh bu..ngapa tempat ni basah ya???”…Jawab gadis tersebut, “Ohh.. tadi botol minyak wangi saya tertumpah.Saya cari tutupnya tapi tak jumpa. Dalam beg tangan pun tidak ada


Jadi Jawa tu pun keluarkan le sapu tangannya dan lap sebelum duduk.Setelah duduk dia pun cium le saputangan tersebut untuk menghidu wangiannya. Bau- bau punya baru la jawa tu tau rupanya air kencing sambil tersenyum jawa tu menjawab..
"Lo kalau minyak wangi jenama ini..Saya mau, saya ada penutupnya.." Gadis itu pun terus bangun dan turun walaupun belum sampai ke rumahnya dengan perasaan malu dan geram !

kahkahakahaha

Ayat selepas dah kahwin !

Aku nak cerita share skit lawak yang aq terbace baru 5 min lepas. Agak kelakar dan ad kemungkinan juga akan berlaku pada diri aq sendiri gak kot ^_^

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..

wakakakkakakaaaa~

Assassin's Creed Brotherhood !!

Cuti sem yg membosankn ni daripada xbuat pape. Aq try r mencari sesuatu yang boleh menghilangkn bosan aq nih yg tahap gaban. Aq jalan-jalan r kt sekitar segamat. Dang !! Dah 2 taun aq lepak segamat bru aq discover kedai pc yg jual cd or dvd software n game. Dan-dan aq lincah2 godeh dyenye cataloge dvd game! 

Hahaha, akhirnya aq jmpe pn game yg sebati yang menarik ati aq tok membelinya. Ala sap-sap-soi RM20 gak abis beli dvd game nih. Xper r, nk ilangkn bosannye pasal~

Ni hah cover page Game yg aq beli !

                                              



Boleh tahan gak r game ni. Banayak feature yg nice2. Graphic dye pon nice gak. Tp apekn daye. Nak main kt Lappy aq yg x gempak ni so, graphic nye kne la setting dlu...hikhik...

Yang menariknye dlm game ni dye boleh recruit orang jd assassin, naik kn ekonomi Rome, beli barang seperti senjata, panah, outfit n etc. Aq suke skill dye berlawan. GEMPAK dohh, korang kne try gak !!

Sebenarnya Assassin's Creed Brotherhood ni adalah series yg ke 3.. dye ad g Assassin's Creed I, Assassin's Creed II. Dr awal sebenarnya game ni berkait. Tp xder hal r, aq pon skip Assassin's Creed II trus ke Assassin's Creed Brotherhood.

Ni aq show kn skit review game ni


 1hit Die


 Brotherhood


Aksi naik kuda

 Panjat bangunan cam Pakor


Itu je r yg aq nk share ngan korang, Aq bagi 8.5/10 r rating game ni.
Korang pe tunggu Lagi !! Download or Beli DVD game ni !!



p/s : Utamakan Ori bru beli. Aq xper, x berduit cam korang...wakakaka









Tips Nak Lajukan Firefox 4 Browsing

Assalamualaikum semua~

Ok, Arini aq nk share skit cane nk wat Firefox 4 korang yg dye orang bru update ni.
Disini aq ad beberape tweaks atau kata lain nk lajukn korangnye Firefox 4 la an. 
Bahan utame mst r korang ad Mozilla Firefox 4. Jangan korang wat kat IE9, Opera atau Safari lak. Memang haram r xjadi. Atau sape2 yg xder Firefox 4 ni aq bg link supaye sape2 yg xder 2 leh r download dlu. Bagi aq Firefox adalah Browser yg terbaik n laju untuk dipakai seisi keluarga. hahaha.. Ni hah link nk download FireFox 4 . Ala korang kne la tau gak nk tweak2 ni. ishhh, xkn r nk pakai membabi buta jer. Sekurang - kurangnya ad gak r ilmu di dada tu. ^^


SteP -step :
  1. Type "about:config" kt browser korang tu, tampa quote k. t nmpak r bebanyak bende merepek kt stu. jgn penin-penin. Just follow je step yg aq bg ni.
  2. Type bende-bende ni kt tmpat kosong dan tuka nilai-nilai berikut kepada nilai-nilai yang dibawah. Ala korang copy & paste jer tp jgn copy semua lak. Contoh "network.http.pipelining". Pastu korang double-click je kt name2 yg korang type or paste td..Then, tuka valuenya.
    • network.http.pipelining => true
    • network.http.proxy.pipelining => true
    • network.http.pipelining.maxrequests => 12
    • content.notify.backoffcount => 5
    • plugin.expose_full_path => true
    • ui.submenuDelay => 0
    • network.dns.disableIPv6 => true
    • javascript.options.jit.chrome => true
    • javascript.options.jit.content => true

Agak-agak bende yg korang type or paste td xlkua. Korang kne create new value. Gampang je bnde tu. korang right-click je kt mana-mana value then pilih new. Kalo bnde tu true or false korang pilih boolean. Kalo number korang pilih integer. Senang dan Mudah. If korang x paham jugak la korang tngok r image kt bawah ni. =.="







Kalo da settel. Korang try r start browsing. Cis korang mesti nmpak perubahannya..
k, good Luck Mencuba. kalo x paham sila tnya k ^^

Monday 23 May 2011

Selamat Tingal FaceBook

Assalamualaikum~
Selamat tingal Facebook
Haha, bukan tingla untuk selamanya.. tp aq nk cuba main Blogger plak.
Facebook xleh tulis panjang - panjang.. tp cam lepak gak nk tulis panjang.. Aq bkn kretif sngat nk merapu meraban ayat panjang memanjang nih. Esay aq time skola dlu da r xpenah dpt A. Walauweeee, xpe aq akan try the best tok Blogger lak. Aku x brape sure sngat tujuan buat Blog ni. Aq dengar cerite Belog leh wat duit r bagai, cerita tentang private life dye orang r, nk memaki hamon orang r kt dalam belog ,jual barang n etc. Untuk aq? aq xder idea g ape nk wat ngan belog aq ni. Maybe, share recepi masakan kot... Wakaka... aq reti masak lak an. masak telo tau r.. tngok r t cane.. so keep in touch r u guys. Any idea or suggestion ape2 ke just let me know ok ^_^ .



Is Undead